GAMEVIEW SDN BHD
NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI


Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) in dikeluarkan oleh Gameview Sdn Bhd (Syarikat No.: 986193-M) (“Gameview”) diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat di No. 2, Level 2, Avenue 1, Avenue Ampang, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia untuk para pelanggan dan bakal pelanggan.

Gameview menghormati privasi anda khusus kepada data peribadi dan informasi anda (“Data Peribadi”) yang diberikan kepada kami dan kami amat komited dalam melindungi privasi anda dan Notis ini mendedahkan bagaimana kami mengumpul, mengguna dan melindungi Data Peribadi anda yang telah anda berikan kepada kami selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”).

Dengan menggunakan perkhidmatan Gameview atau dengan melayari laman web Gameview http://www.gameview.asia/ (“Laman Web”), anda dengan ini bersetuju bagi pemprosesan Data Peribadi kamu oleh Gameview untuk membolehkan kita untuk memasuki urus niaga perdagangan dengan anda atau untuk menyampaikan yang diperlukan komunikasi, perkhidmatan dan/atau produk yang berkaitan dengan Gameview ataupun perkhidmatan-perkhidmatan yang kamu perlukan daripada Gameview (“Perkhidmatan-Perkhidmatan”).

 

1. Data Peribadi


1.1.      Data Peribadi yang diberikan ataupun yang telah diberikan kepada Gameview termasuk, tanpa had, nama, alamat, alamat emel, nombor kad pengenalan atau nombor pasport, kewarganegaraan, kekauman, agama, pekerjaan atau profesion, perniagaan atau majikan, sejarah perkerjaan, pampasan kini dan sejarah, maklumat mengenai pasangan atau ahli keluarga dan  juga maklumat akaun bank dan kad kredit.

1.2.      Berkenaan dengan data peribadi bagi pihak ketiga seperti pasangan kamu dan ahli-ahli keluarga kamu, kamu dengan ini menjamin bahawa kamu telah mendapatkan persetujuan mereka untuk membenarkan kami memproses data peribadi mereka dan kamu akan melanjutkan satu salinan Notis ini kepada mereka.

1.3.     Selain daripada Data Peribadi yang diberikan kepada Gameview secara langsung (sama ada ketika menggunakan produk atau perkhidmatan kami ataupun semasa dalam berkomunikasi dengan Gameview), Gameview juga mungkin mengumpul Data Peribadi kamu daripada pelbagai sumber lain, termasuk tanpa had, secara langsung atau tidak langsung daripada wakil undang-undang, agen, dan/atau majikan apabila anda, wakil undang-undang, agen dan/atau majikan menghantar borang-borang pertanyaan, permohonan dan/atau pendaftaraan melalui pelbagai cara, termasuk dalam talian dan fizikal salinan keras di tempat-tempat awam atau dalam mana-mana premis kami, atau semasa melayari Laman Web kami, “cookies” juga akan turut diperolehi. Jika kamu tidak inginkan Data Peribadi kamu dikumpul melalui “cookies” di Laman Web, sila konfigurasikan pelayar internet anda untuk memadamkan atau menyah aktifkan “cookies”.

 

2. Tujuan Memproses Data Peribadi


2.1.      Dengan menggunakan perkhidmatan Gameview yang bertimbul daripada atau berkenaan dengan Perkhidmatan-Perkhidmatan tersebut, kamu dengan ini bersetuju dan membenarkan Gameview menggunakan dan memproses Data Peribadi kamu yang diberikan kepada Gameview, dalam cara dan untuk tujuan yang dinyatakan di bawah:

  • untuk tujuan bagi Perkhidmatan-Perkhidmatan tersebut;
  • penghantaran notis-notis, perkhidmatan atau produk-produk dan pemasaran perkhidmatan atau produk tersebut sama ada pada masa kini atau di masa hadapan, kepada anda;
  • untuk menyiasat dan menyelesaikan apa-apa isu perkhidmatan, pertanyaan mengenai bil, aduan atau pertanyaan-pertanyaan lain yang anda beri kepada kami berkenaan Perkhidmatan-Perkhidmatan tersebut dengan pasukan perhubungan pelanggan kami;
  • untuk membenarkan Gameview berkomunikasi dengan kamu;
  • untuk tujuan operasi, pengurusan dan pentadbiran dalaman Gameview termasuk tujuan penyemakan asal-usul dan konflik;
  • untuk tujuan yang diperuntukkan dengan nyata dalam sebarang perkhidmatan atau produk khusus yang ditawarkan oleh Gameview;
  • pemasaran dan aktiviti-aktiviti pemprofilan pelanggan berhubung projek-projek, produk-produk dan servis-servis terkini Gameview;
  • penilaian kredit, pemeriksaan kewangan dan latar belakang jika dan apabila difikirkan perlu;
  • untuk memproses urusan bayaran anda;
  • untuk tujuan keselamatan dan pencegahan penipuan;
  • untuk Gameview mematuhi obligasinya di bawah undang-undang atau mana-mana peraturan-peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan;
  • untuk memberi maklumat yang diperlukan kepada mana-mana pihak berkuasa atau kerajaan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, peraturan atau keperluan kerajaan; dan
  • membolehkan kami menghantar maklumat kepada anda melalui e-mel, kaedah telekomunikasi (panggilan telefon atau pesanan teks) atau media social tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak ketiga tertentu yang kami anggap mungkin menarik minat anda tetapi semasa berbuat demikian kami akan terus mengawal Data Peribadi anda dan kami tidak akan mendedahkan Data Peribadi kepada pihak ketiga tersebut tanpa kebenaran terdahulu anda.

2.2.      Gameview juga mungkin akan menggunakan dan memproses Data Peribadi kamu untuk tujuan lain seperti:

2.2.1.   untuk menghantar kepada kamu kad-kad ucapan, suratberita, artikel-artikel dan rencana-rencana lain, mengedar maklumat acara, persidangan, ceramah dan seminar yang mungkin menarik minat kamu; dan

2.2.2.   sebagai rujukan kepada editor/penyelidik, penerbitan, laporan dan jurnal, dan bakal pelanggan yang inginkan maklumat rujukan bagi kerja-kerja yang pernah kami kendalikan,

jika ada, melalui mel dan/atau emel.

Jika kamu tidak bersetuju bagi Gameview memproses Data Peribadi kamu untuk tujuan yang dinyatakan dalam perenggan 2.2 ini, sila maklumkan kepada Gameview dengan menghubungi Gameview melalui butiran hubungan yang dinyatakan dalam perenggan 5 di bawah.

 

3. Kegagalan Memberikan Data Peribadi


3.1.      Ia adalah secara sukarela bagi kamu untuk membekalkan Data Peribadi kamu kepada Gameview. Tetapi, jika kamu tidak ingin berikan Data Peribadi kamu atau Data Peribadi yang berikan tidak mencukupi, Gameview mungkin tidak dapat memberikan perkhidmatan yang kamu perlukan atau berkomunikasi dengan kamu. Selanjutnya, anda bersetuju bahawa Gameview tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang akibat yang timbul dari ketidak-bekalan Data Peribadi anda.

 

4. Pendedahan Data Peribadi


  • Data Peribadi kamu yang diberikan kepada Gameview atau dikumpul oleh Gameview akan disimpan sulit oleh Gameview. Akan tetapi, ia mungkin perlu bagi Gameview untuk menggunakan pihak ketiga, pembekal perkhidmatan atau individu-individu untuk melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu bagi pihak Gameview, termasuk tetapi tidak terhad kepada, seperti yang dinyatakan di bawah:-
  • pembekal perkhidmatan bagi kemasukan data (data entry);
  • syarikat yang membekal kemudahan penyimpanan (storage facility);
  • bank dan institusi kewangan;
  • penasihat luar dan penasihat profesional yang lain, seperti juruaudit;
  • syarikat insuran;
  • pembekal perkhidmatan bagi maklumat teknologi (information technology);
  • badan-badan berkanun, badan-badan pengawalaturan dan/atau pihak berkuasa kerajaan;
  • sebarang pihak yang perlu untuk diberi pendedahan di bawah undang-undang;
  • rakan niaga kami dan pihak-pihak lain untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengan tujuan pengumpulan dan penggunaan data peribadi anda; dan
  • mana-mana pihak lain sebagaimana Gameview fikirkan perlu bagi tujuan yang dinyatakan di dalam perenggan 2 di atas.
  • Gameview boleh menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan pelayan yang berada di luar Malaysia dan Data Peribadi anda boleh dipindahkan, disimpan, diguna dan diproses di dalam bidang kuasa yang lain daripada Malaysia. Anda dengan ini memahami dan memberi kebenaran untuk pemindahan Data Peribadi anda keluar dari Malaysia.

 

5. Permintaan Untuk Akses Dan Pertanyaan


5.1.      Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini sama ada memohon untuk mendapat akses kepada, atau memohon untuk pembetulan dibuat ke atas Data Peribadi kamu (tertakluk kepada sebarang bayaran, jika berkenaan), atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi kamu oleh Gameview, yang mana berkenaan, tetapi tertakluk kepada pengecualian dan sekatan sebagaimana yang terkandung di bawah undang-undang Malaysia. Jika kamu ingin berbuat demikian, sila hubungi:

Pegawai Perhubungan Pelanggan
Gameview Sdn Bhd
No. 2, Level 2, Avenue 1, Avenue Ampang, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia
Email: [email protected]
Tel (MY): +603-4296 0833

Anda juga boleh menghubungi Gameview melalui butir-butir hubungan di atas jika kamu mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan Data Peribadi kamu yang diberikan kepada Gameview.

5.2.      Sila ambil perhatian bahawa Gameview mempunyai hak untuk menolak permintaan kamu untuk mendapat akses dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi kamu,setakat mana yang dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia.

5.3.      Sekiranya terdapat apa-apa perubahan di dalam Data Peribadi anda, anda dikehendaki untuk menghubungi dan memaklumkan Gameview dengan secepat mungkin.

 

6. Perkara Am


6.1.      Gameview berhak untuk meminda atau mengubahsuai Notis ini dari semasa ke semasa, dan versi terkini akan digunapakai dan menggantikan sebarang dan semua versi terdahulu, termasuk tetapi tidak terhad kepada versi di dalam risalah atau salinan bercetak. Sila semak Laman Web untuk maklumat mengenai amalan-amalan paling terkini kami.

6.2.     Notis Perlindungan Data Peribadi ini diisu dalam dua bahasa, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat apa-apa yang tidak konsisten atau terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.